PERINGATAN SEMPENA CUTI PANJANG & UCAPAN AIDILADHA 1447H
Sempena cuti panjang bermula 23 Mei 2026 hingga 2 Jun 2026, yang melibatkan cuti sekolah, cuti Hari Raya Aidiladha, cuti Hari Wesak serta cuti Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, ramai warga IIUM dijangka akan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga.
Sehubungan itu, KESATU ingin mengingatkan semua ahli KESATU serta warga staf IIUM agar sentiasa berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing.
MEMANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
Ingat keluarga yang tersayang.
Semoga perjalanan anda dipermudahkan, selamat pergi dan selamat kembali, Insha Allah.
Di kesempatan ini juga, sempena Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1447H bersamaan 27 Mei 2026, KESATU ingin mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, keselamatan dan rahmat-Nya kepada kita semua.
Daripada:
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU)
Transformasi Berkebajikan
