Wednesday, November 4, 2026

6 Oktober 2026
Timbalan Presiden I KESATU IIUM, Puan Aznita Ahmad Zaini, bersama Timbalan Presiden II KESATU IIUM, Tarmizi Abdul Rani, telah menyantuni Program Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam (Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur) yang berlangsung di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Program ini menjadi platform yang bermakna untuk warga perkhidmatan awam berinteraksi, bertukar pandangan serta mendengar amanat dan perkongsian berkaitan perkhidmatan awam.
Semoga penyertaan ini terus memperkukuh hubungan serta jaringan kerjasama KESATU IIUM bersama warga perkhidmatan awam dalam memperjuangkan kebajikan dan kepentingan anggota perkhidmatan awam.
KESATU IIUM
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN