4 Mac 2026 / 14 Ramadan 1447H
KESATU IIUM sentiasa menyantuni program-program yang dianjurkan di dalam IIUM. Antaranya, semalam, Ahli Majlis Jawatankuasa (MJK) KESATU telah menghadiri program Iftar Al-Jamaie bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, serta barisan Pengurusan Tertinggi IIUM dan wakil-wakil pelajar IIUM.
Semoga program seperti ini terus mengeratkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan institusi diraja.