PERAGIHAN BENDERA MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 
Pada pagi 20 Ogos 2026, telah berlangsung program peragihan bendera Malaysia sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 yang bertemakan:
“MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI”
Program ini merupakan satu inisiatif bersama yang dianjurkan oleh OCAP, OSeM, KESATU, KURNIA, PMA dan ASA sebagai tanda semangat patriotisme serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan warga IIUM.
Peragihan bendera Malaysia ini turut menjadi simbol kecintaan kepada negara dan menggalakkan seluruh warga IIUM untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati.
Semoga semangat Malaysia Madani terus subur dalam diri kita semua, dengan mengutamakan perpaduan, kebersamaan dan kesejahteraan demi Malaysia yang lebih maju dan harmoni.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!