Thursday, August 20, 2026

MESYUARAT JCC BIL. 2/2026 KESATU IIUM
Pada 19 Ogos 2026, jam 2.30 petang hingga 5.00 petang, Majlis Tertinggi KESATU IIUM yang terdiri daripada Presiden, dua Timbalan Presiden dan Setiausaha telah menghadiri Mesyuarat Joint Consultative Committee (JCC) Bil. 2/2026 yang berlangsung di Conference Meeting Room, Pejabat Rektor IIUM.
Mesyuarat telah membincangkan pelbagai cadangan, isu serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan warga kerja IIUM. Alhamdulillah, beberapa cadangan yang dikemukakan telah mendapat perhatian dan persetujuan daripada pihak Top Management IIUM.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang masih belum dapat diberikan keputusan muktamad dalam mesyuarat kali ini dan memerlukan penelitian serta pertimbangan lanjut daripada pihak pengurusan.
KESATU IIUM akan terus komited membawa suara dan memperjuangkan kepentingan serta kebajikan ahli-ahli KESATU melalui saluran yang sewajarnya.
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN
KESATU IIUM – Memperjuangkan Kebajikan, Memartabatkan Pekerja