Sunday, October 4, 2026

7 September 2026
KUNJUNGAN HORMAT GAKUM KEPADA YAB MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Sejumlah 20 kesatuan sekerja Universiti Awam Malaysia (IPTA) yang bergabung di bawah Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.
Kunjungan ini disertai oleh Presiden dan Setiausaha kesatuan-kesatuan kumpulan Pelaksana IPTA. Pertemuan tersebut menjadi platform yang amat bermakna bagi pihak GAKUM untuk mengutarakan pelbagai isu, pandangan dan cadangan berkaitan kebajikan serta kepentingan warga kumpulan Pelaksana di Universiti Awam.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dan dikongsikan dalam pertemuan ini, khususnya isu-isu yang memerlukan perhatian serta penyelesaian di peringkat Universiti Awam. Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pengurusan Universiti Awam dan kesatuan sekerja dalam usaha memperkukuh kebajikan serta kesejahteraan warga kerja IPTA.
GAKUM – Suara Bersama, Kebajikan Terpelihara.
KESATU IIUM – TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN