Berkaitan dengan SBPA
Assalamualaikum w.r.t
Kepada tuan-tuan dan puan-puan,encik dan cik yang dikasihi.
Apa khabar semua?Harap-harap semuanya akan berada dalam perlindungan Allah.
Kita sedang menunggu-nunggu keputusan kerajaan dalam merombak semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah JPA,Tan Sri Ismail Adam,Presiden Cuepacs dan pasukannya,JPA,UPE dan anggota-anggota yang lain. Sebab apa kita menunggu hasil SBPA?
Sebab SBPA juga dipraktikkan di UIAM .Kita bertuah kerana Presiden CUEPACS ,Dato’ Hj. Omar Osman juga merupakan Presiden GAKUM. KESATU juga adalah ahli GAKUM. Sedikit sebanyak permasalahan kita dapat diutarakan terus kepada Presiden CUEPACS.
Antara 5 tuntutan CUEPACS iaitu:
1.mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah,
2.mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM),
3.mengkaji semula tangga gaji maksimum,
4.menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus dan
5.menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Berkaitan dengan KESATU :
Tetapi semua ini akan menjadi angan-angan jika KESATU berkubur. Kerana gred 27 hingga 40 tiada yang mewakilinya di UIAM. PMA?? PMA telah menjelaskan bahawa ianya hanyalah sebuah persatuan yang hanya membuat kerja-kerja amal dan bukan bersangkutan dengan hal-hal perjawatan ,kebajikan kakitangan, proses temuduga ,dan sebagainya yang mana ini dibawah bidang sesebuah kesatuan…
SBPA melibatkan PROSPEK dalam menentukan hal-hal perjawatan ,proses temuduga ,dan sebagainya. Ahli-ahli KESATU yang sibuk bekerja tanpa memikirkan gaji yang diperolehi berbanding dengan Gred 54 ke atas seperti, Profesor dan seumpamanya ,yang mengalami kenaikan dari RM6500 ++ kenaikan kepada RM 12,000 ++. Kenaikan melebihi 100%. Berapa peratuskah kenaikan untuk Gred 27-40 atau berapa RM kenaikan? RM 100? RM 200? ..adakah tuan/puan berpuashati dengan hanya menerima segala apa yang ada?
Peranan berkesatuan seperti KESATU amat berkesan untuk menuntut hak kita sebagai kakitangan UIAM.
Jika KESATU yang menjadi milik tuan-tuan dan puan-puan selama beberapa tahun ini tidak dijaga akan terus berkubur disebabkan kealpaan tuan/puan sendiri kerana mengabaikan tanggungjawap bersama maka selepas ini janganlah nak minta itu dan ini dan bersungut sendiri. Memang berjayalah rancangan serta matlamat pihak pengurusan dan yang bersekongkol dengannya untuk melenyapkan KESATU dari UIAM ini.
Dengan itu, saya sebagai Presiden KESATU, ingin merayu kepada semua ahli KESATU agar melaksanakan tanggungjawap tuan/puan paling tidak pun dengan membuat bayaran yuran keahlian dan melangsaikan yuran yang tertunggak melalui AMISLAMIC BANK NO AKAUN 255-202-200008-8 atau melalui EXCO KESATU secepat mungkin agar kita tidak diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) kerana tiada komitmen daripada ahli-ahli KESATU.
Andaikata kami Exco KESATU mungkin tiada tempat lagi di mata dan hati tuan/puan kami bersedia meletakkan jawatan kerana kami benar-benar memerlukan sokongan tuan/puan untuk terus berhubung dan berinteraksi demi masa depan KESATU.
Semoga Allah merestui kerja amal kita semua.
MOHD YAZID BIN AHMAD
http://kesatuiium.blogspot.com/
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...