Monday, May 18, 2026

24 Februari 2026 bersamaan 6 Ramadan 1447H
Team KESATU telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Rafidah Ibrahim, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) yang bertanggungjawab menyelia serta memantau segala aktiviti KESATU yang berdaftar di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pihak KESATU dan JHEKS di samping membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran, pematuhan serta perancangan aktiviti kesatuan agar selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh demi memastikan perjalanan dan kebajikan ahli KESATU sentiasa terpelihara serta segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN