14 April 2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli KESATU-KURNIA yang sudi hadir serta menyantuni Program Majlis Santunan Kasih Muafakat Bersama KESATU-KURNIA 2026 yang telah berlangsung di Royal Conference Room, ICC.
Program ini merupakan julung kali dianjurkan hasil permuafakatan antara dua kesatuan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sehubungan itu, pihak KESATU-KURNIA turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para tetamu kehormat, khususnya wakil daripada MT CUEPACS, Gabungan Kesatuan CUEPACS, GAKUM, Pengurusan Tertinggi UIAM serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Akhir kata, pihak KESATU-KURNIA menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran majlis ini. Semoga kita diberi kesempatan untuk menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang, insya-Allah.
TRANSFORMASI BERKEBAJIKAN