Thursday, January 12, 2017

Penggunaan Barrier di Kampus UIAM Gombak bermula Febuari 2017.

Untuk makluman kepada Ahli KESATU yang dihormati,

,Penggunaan barrier Kampus UIAM Gombak untuk jalan masuk ke kampus UIAM Gombak akan digunakan sepenuhnya pada pertengahan bulan febuari 2017,Test run akan bermula pada 17hb.Januari 2017 selama sebulan dan akan melaksanakannya peggunaan barrier sepenuhnya selepas itu.
Staf boleh menggunakan pintu 1,2 dan 3 untuk penggunaan kereta, manakala bagi motorsikal hanya dibenarkan di pintu 2 dan 3 sahaja, manakala Pelawat dihadkan penggunaan di pintu 1 dan 3 sahaja.Untuk penggunaan pintu masuk utama (Pintu 1 ) dibuka 24 jam manakala Pintu 2 dan 3 dibuka pada 7.00pagi hingga 12.00 Malam.Terdapat dua lorong utama dimana lorong untuk staff dan lorong untuk visitor bagi pintu masuk utama dan pintu masuk no.3.Selepas pukul 12 malam hanya pintu utama 9Pintu 1 )  sahaja boleh dilalui.

Diharap warga UIAM segera mengaktifkan kad staf untuk penggunaan ala Touch N Go untuk kemasukan di semua pintu masuk 1,2 dan 3,Juga sila dapatkan RFID Sticker bagi kemasukan seperti ala Smart Tag secara percuma dan tambahan RFID dikenakan bayaran RM15.Jumlah kenderaan yang dibenarkan setiap staf seperti sedia maklum ( 2 kereta dan 2 Motorsikal ).


Pihak Pengurusan berharap dapat kerjasama dari keseluruhan warga UIAM memandangkan penambahan  kakitangan auxilari police ( Polis bantuan ) tidak seimbang dengan penambahan dan pembesaran kampus Cawangan  UIAM seperti di Gambang dan Pagoh yang tidak lama lagi beroperasi yang memerlukan kakitangan auxilari police ( Polis bantuan )  .Peningkatan jenayah di Kampus utama,kemasukan dengan mudah penduduk sekitar dan orang awam kedalam kampus,Penambahan kereta pelajar yang tidak terkawal ,kapasiti pelajar semakin bertambah
 ( 20 000 ribu pelajar ) berbanding kakitangan auxilari police ( Polis bantuan ) ,Menyeimbangkan technologi dan tenaga sumber manusia, cabaran jenayah semakin kompleks antara alasan utama penggunaan barrier ini digunakan di kampus UIAM Gombak.

Penggunaan Barrier ini kemungkinan jangkaan menjadi gangguan trafik pada peringkat awalnya dan akan diperbaiki dari masa ke semasa .Warga UIAM juga digalakkan memberi maklum balas/ feedback  kepada pihak Ofiice Of Security Management (OSeM ) bagi menambah baik penggunaan barrier ini.

Taklimat telah disampaikan kepada  pegawai tertinggi  kesatuan,persatuan staf, wakil pelajar dan juga kepada semua kakitangan utama yang terlibat secara langsung dengan keselamatan kampus oleh Supertandan Zulkifli bin Haji Daud di pada 11/01/2017 di Mini Auditorium Central pada 11.00 pagi dengan disertai oleh Dato' Abdul Rahim Ahmad -Pengarah Eksekutif MSD.

Diharapkan kita dapat memberi kerjasama bagi melancarkan penggunaan barrier dan litar CCTV (60 Unit ) ini bagi penambahbaikan  keselamatan warga UIAM keseluruhannya.

Sekian harap maklum.