Monday, October 3, 2011
Bersara 60 Tahun Langkah Atasi Kenaikan Kos Hidup
Secara kesuluruhannya,tujuan had umur persaraan dilanjutkan adalah bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup,termasuk perubatan,perumahan dan barang keperluan harian.Kita melihat isu usia mempunyai implikasi begitu besar kepada produktiviti guna tenaga kerja di negara ini.Sekarang ini ,sektor swasta belum ada penetapan unur persaraan.Seperti yang kita ketahui,umur bekerja hari ini ialah antara 16 hingga 64 tahun.Soal tidak produktiviti apa bila lanjut umur adalah tidak betul kerana ada orang muda pun ada yang tidak produktif.Faktor tahap kesihatan yang meningkat ketara adalah salah satu faktor permohonan lanjutkan usia persaraan.Jangka hayat pada tahun 1950-an,purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun,iaitu lelaki sehingga 47 tahun dan wanita pada purata 50 tahun,jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun.Tetapi pada tahun 2010,purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun dan wanita 77.6 tahun.Ini menunjukkan rakyat negara ini mampu bekerja lebih lama.Jika dibandaingkan dengan negara lain,kita agak ketinggalan.Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun.Brunei,Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam dan Kemboja juga lakukan pekara sama bagi sektor swasta mereka.Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun.Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan sama dengan Bangladesh,Sri Lanka,Nepal dan Papua New Guinea.
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...