KESATU mengucapkan tahniah kepada Prof.Dr.Ismawi Hj Zen atas penerimaan Anugerah Maulidur Rasul 2011 pada 15hb Feb. 2011 yang lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.Anugerah di sempurnakan oleh Yang di -Pertuan Agong. KESATU mendoakan beliau agar terus berjaya menjadi inspirasi serta galakan kepada anak muda khususnya pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang diceburi dan memberi sumbangan yang bermakna kepada umat islam dan seterusnya kepada UIAM itu sendiri .
Petikan Berita Harian- 2011/02/16
KONSEP ilmu dalam Islam sama seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk. Oleh itu, bagi yang memiliki ilmu yang banyak, jangan berasa bangga hingga lupa ilmu itu kepunyaan Allah sebaliknya, hendaklah tawaduk serta merendah diri.
Itu kata azimat penerima Anugerah Maulidur Rasul, Profesor di Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen, tatkala ditanya perasaannya terpilih menerima anugerah itu bersama enam penerima lain. Anak kelahiran Kampung Gedong, Samarahan, Sarawak itu mengakui perasaan hatinya bercampur baur antara gembira dan bimbang kerana sumbangan kecil yang diberi mendapat pengiktirafan besar. Malah, Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak tahun lalu itu, berulang kali mengulangi keresahan melanda hatinya yang takut anugerah diterima menjadikan beliau riak atau lupa daratan.
“Anugerah ini juga bukan untuk saya saja, tetapi untuk ibu bapa, keluarga dan UIAM tempat saya berkhidmat sekarang,” katanya yang ditemui selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dewan Solat Utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.
Katanya, pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul diharap menjadi inspirasi serta galakan kepada anak muda khususnya pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang diceburi.
Sebagai peringatan, beliau menekankan kepentingan melakukan setiap pekerjaan dengan niat yang ikhlas untuk mencapai kecemerlangan kerana Allah, walaupun kerja dilakukan tidak sebesar atau sehebat mana.
“Lagi satu, mesti yakin jika kita berbakti dengan ikhlas, Allah akan anugerahkan rezeki melalui jalan yang tidak pernah kita duga. Diharap anugerah ini memberi inspirasi pelajar saya untuk terus mencapai kecemerlangan dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Ismawi mempromosi seni bina Islam pada peringkat antarabangsa dan antara kejayaan terbesar beliau adalah mendapat kepercayaan Kerajaan Arab Saudi yang memilih beliau sebagai ahli panel antarabangsa kajian pembangunan Masjidil Haram, Makkah pada 2008.
Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...