Friday, May 10, 2019
Program Bubur Lambuk Wasahlan Ya Ramadan 1440H/2019M.
3hb.Mei 2019,Foyer, Level 1, Shah Mosque, IIUM Gombak, MJK KESATU bersiap sedia menyiapkan bahan- bahan bagi menjayakan Program Bubur Lambuk Wasahlan Ya Ramadan 1440H/2019M.
Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 Gabungan CUEPACS
2hb.Mei 2019- Ipoh Perak, Perwakilan KESATU bersiap sedia bersama rakan- rakan Gabungan CUEPACS di Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019.
Thursday, May 2, 2019
Perutusan Hari Pekerja 2019 - Presiden KESATU
Selamat menyambut Hari Pekerja 2019 kepada semua ahli KESATU yang dihormati dan juga kepada semua warga UIAM khususnya.
KESATU kini hampir berusia 9 tahun,Untuk makluman KESATU ditubuhkan pada 18hb.Mei 2010 .Pelbagai rintangan dan kemajuan yang dialami oleh KESATU dalam menjaga hubungan baik antara majikan dan tidak mengenepikan kebajikan ahli-ahlinya.Pertukaran Kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada 9hb.mei 2018 yang lalu banyak merubah dasar- dasar kerajaan terdahulu.Keresahan kakitangan penjawat awam yang akan dikurangkan,polisi penswastaan ,tiada kenaikan gaji dan elaun bagi penjawat awam,ura- ura menghapuskan pencen,opsyen pindah pegawai awam ke swasta dan pelbagai lagi memberi cabaran buat KESATU di masa- masa akan datang bagi membela kebajikan ahli-ahlinya.
Kerajaan terbaru ada perspektif tersendiri berkaitan pekara tersebut bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan perbelanjaan kerajaaan ke atas penjawat awam.Tidak mustahil skim pemisahan sukarela(VSS) akan dilaksanakan kepada kakitangan penjawat awam apabila penswastaan badan kerajaan dilakukan oleh kerajaan PH.Pelbagai permasalahan dalam kebajikan pekerja sudah pasti akan dibangkitkan bagi kakitangan yang dibuang kerja atau yang dikenakan VSS, pekara ini nampak amat mencabar bagi kesatuan- kesatuan sekerja yang memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.
Bersempena sambutan hari pekerja ini, marilah kita sama-sama merenung kembali matlamat asal kepada sambutan Hari Pekerja diwujudkan. Hari ini bukanlah untuk bercuti semata-mata.Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja. Baik pekerja mahupun pihak majikan, hari pekerja sepatutnya dijadikan renungan dan pedoman kepada kepekaan terhadap aspek-aspek keadilan, kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam konteks bekerja selain daripada memikirkan produktiviti dan keuntungan semata-mata.Dalam suasana dunia yang makin terbuka dan kompleks, isu-isu pekerja kini tidak lagi berkisar tentang gaji, waktu kerja atau cuti sahaja.Perkara-perkara seperti jaringan keselamatan sosial, imbuhan dan manfaat sampingan, kebajikan dan persaraan pekerja juga harus diperhatikan dan diperluaskan.
Dengan kebanjiran buruh asing ke dalam negara ini, kerajaan juga harus peka dan pantas bertindak bagi membela nasib pekerja tempatan.Kurang berminat tenaga kerja tempatan terhadap kerja-kerja buruh berat adalah perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan,adakah kerja berat dengan upah yang murah menyebabkan pekara ini berterusan berlaku.Apakah kebanjiran warga asing dapat menyelesaikan masalah atau akan membawa pelbagai masalah gejala sosisal ,penyakit berjangkit dan jenayah yang tidak terkawal kepada negara kita.
Oleh itu saya menyeru semua kakitangan UIAM dari Gred 27 hingg gred 40 supaya menjadi ahli KESATU semoga kita dapat bersatu dan bersama-sama dengan CUEPACS membela nasib penjawat awam di negara kita.Pergabungan KESATU dibawah CUEPACS umpama lidi menjadi penyapu.Lidi sebatang pasti mudah dipatah-patah,tetapi bila disatukan menjadi penyapu akan menjadi kuat .Begitulah berkesatuan bila kita bergabung bersama-sama ,insyallah suara dan pandangan kita pasti jadi pertimbangan pihak majikan.KESATU juga berharap semua ahli KESATU menjaga masa kerja (punc in,punch out) yang ditentukan dengan konsisten agar tiada tindakan disiplin dan "exit policy "dikenakan .Ini disebabkan "exit policy" selari dengan pengurangan jumlah penjawat awam dan kesalahan dan tindakan disiplin boleh menyebabkan "exit policy" ini dikenakan.
Marilah kita berdoa semoga negara kita akan terus maju dan berdaya saing agar dapat meningkatkan jumlah pendapatan rakyatnya dan mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin meningkat.
Selamat menyambut hari pekerja 2019.
Wassalam
Hj.Mohd Yazid Bin Ahmad
Presiden KESATU IIUM
1hb.Mei 2019.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencaba...
-
ASLANI M | 02 Julai 2014. BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang ...
-
Alhamdulillah,Setelah pihak KESATU memohon pada pihak pengurusan UIAM agar melaksanakan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) No.11 Tah...