Monday, March 21, 2016

Hari Kualiti UIAM 2016


Pulut Kuning Dihias Rendang,
Untuk jamuan  mereka yang datang,
Terima kasih kerana bertandang,
Budi baik  tuan  sentiasa dikenang.

Gombak -17 Mac - 18 Mac 2016.
KESATU sekali lagi bersama warga UIAM memeriahkan hari Kualiti UIAM 2016 yang berlangsung pada 17hb (Khamis ) -18hb.Mac 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Aktiviti Kebudayaan (CAC) ,yang dihadiri oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ),Y. Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (Rector UIAM) ,Datuk Dr. Mizan Bin Hitam - Deputy Rector (Student Affairs) dan tetamu kehormat yang lain .
KESATU telah terlibat secara langsung majlis Hari Kualiti UIAM ini buat kali ketiga,Namun kali ini agak istimewa kerana kehadiran Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ) ke Booth KESATU untuk bersama memotong Pulut Kuning Tanda adat budaya melayu meraikan tetamu ,juga kemenangan Saudara Megat Mohd Samsul Bin Mohd Ismail (Setiausaha KESATU) mengungguli anugerah "Quality Administrative Staff Award ,Support Group I" serta penyertaan Bacaaan Ikrar dari wakil KESATU amat membanggakan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Kualiti UIAM pada tahun ini.
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Presiden UIAM ) memotong Pulut Kuning di Booth KESATU
Saudara Megat Mohd Samsul Bin Mohd Ismail (Setiausaha KESATU) mengungguli anugerah "Quality Administrative Staff Award ,Support Group I"

Bacaaan Ikrar dari wakil KESATU

MJK KESATU sempat bertanya sesuatu padaTan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
 (Presiden UIAM )


Sebahagian Ahli Majlis Jawatan Kuasa yang terlibat dalam Hari Kualiti UIAM 2016










.