18
Sep 2013
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini
menolak dengan kos saman kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin ke atas dua pemegang
jawatan Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP.Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin
Md Said ketika membaca penghakiman bertulisnya pagi tadi memutuskan bahawa
saman yang difailkan oleh Kamarul Zaman itu wajar ditolak kerana beliau tidak
boleh menyaman tort fitnah ke atas kedua-dua defendan iaitu Hasni Abas dan
Yusuf Salim kerana mereka adalah pemegang jawatan Kesatuan Sekerja DBP.
Pada masa saman itu difailkan Hasni
memegang jawatan Yang Dipertua Kesatuan manakala Yusuf pula adalah Setiausaha
Kesatuan. Mereka disaman atas kapasiti pemegang jawatan Kesatuan Sekerja
DBP.Dalam penghakimannya, Hakim bersetuju dengan hujah peguam defendan bahawa
saman Kamarul Zaman atas tuntutan tort fitnah adalah bertentangan dengan
Seksyen 22 Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang memberi imuniti kepada mana-mana
pemegang jawatan Kesatuan Sekerja atas tuntutan tort yang dilakukan oleh
mana-mana pemegang jawatan Kesatuan selagi mana ia dilakukan bagi pihak
kesatuan.Hakim berpuas hati berdasarkan keterangan adalah jelas segala surat
yang didakwa oleh Kamarul Zaman memfitnah beliau ditulis oleh Hasni bukan atas
kapasiti peribadi beliau sebaliknya ianya dtulis oleh Hasni atas kapasiti
beliau sebagai Yang Dipertua Kesatuan dan ia ditulis bagi pihak kesatuan.
Surat-surat yang ditulis oleh Hasni adalah
bagi menyatakan bantahan rasmi kesatuan atas pelantikan Kamarul Zaman sebagai
Timbalan Ketua Pengarah DBP yang dikatakan tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh DBP sendiri.Keputusan kes ini adalah boleh dikira satu
‘landmark’ kerana buat kali pertamanya mahkamah memutuskan bahawa seorang
pemegang jawatan Kesatuan Sekerja bagi tuntutan tort iaitu tort fitnah. Dalam
samannya Kamarul Zaman juga menamakan Kesatuan Sekerja DBP dan 4 orang pemegang
jawatan kesatuan tersebut. Bagaimanapun tuntutan ke atas kesatuan awal-awal
lagi ditolak oleh mahkamah apabila peguam defendan memfailkan permohonan
membatalkan saman tersebut.