Saturday, September 17, 2016

Jom Makan Durian



Jom kenduri durian di IIUM Kuantan- Semua Ahli KESATU terutama ahli KESATU IIUM Kuantan dijemput ke program "jom makan durian " yang akan diadakan pada :

Tarikh : 9hb. Sept. 2016 ( Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : IIUM Kuantan - Stadium Foyer

Jangan lepas peluang ini bagi " hantu durian " sambil mengeratkan sillaturrahim antara kita- Berminat menjadi ahli KESATU juga dijemput hadir-







Konvensyen Kepimpinan Perdana anjuran GAKUM



8hb.Ogos -11hb.Ogos 2016 - AKEPT Nilai,Negeri Sembilan. KESATU menyertai Konvensyen Kepimpinan Perdana Anjuran GAKUM yang dirasmikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal -(Ketua Pengarah. JPA),Manakala Majlis penutup pula dengan meriahnya di rasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi) .Pelbagai hala tuju Pendidikan Tinggi Universiti Awam
dibentangkan kepada para peserta diantara Penceramah ialah ; YBhg Datuk Prof.Dr.Asma Ismail (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi),En.No'man Hj Ahmad,(Pendaftar UMS), YBhg. Prof. Dr.Mohamad Kamal Hj. Harun ( Pengarah Akademik Kepimpinan Pendidikan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ,Puan Mohana Sundari A/P Selvaraj- Ketua Penolong Pengarah- KPPK(P)- Unit Piawaian, YBhg Prof.Datuk Noor Azlan Ghazali dan ramai lagi.