Thursday, January 28, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016

Kejatuhan harga minyak mentah dunia memaksa kerajaan untuk menjalankan apa yang dinamakan sebagai ‘pengubahsuaian Bajet 2016'.
Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membuat pemotongan bajet untuk menyesuaikan diri dengan kejatuhan pendapatan.
Kerajaan juga menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.
Berikut, antara butiran penting yang sedang dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini:
1-Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2016 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;
2-Pengecualian cukai individu sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi tahun taksiran 2015;
3-Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;
4-Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;
5-Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;
6-Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;
7-Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;
8-Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.
9-Program pemberian BR1M & bantuan kebajikan terus dilaksana.
10-Kerajaan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
Tiada pemberhentian penjawat awam termasuk kakitangan lantikan secara kontrak.
11-Pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016 diteruskan.

Sunday, January 10, 2016

Amanat Tahun Baru 2016

 

10hb. januari 2016 -UIAM Gombak.

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU ( AMJKK ) ingin mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua Warga Kerja Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM ) semoga pada tahun ini kita akan bersama berkhidmat dengan penuh tanggungjawap dan  amanah.Marilah kita bersama menyumbang bagi memacu kejayaan UIAM pada tahun 2016 .KESATU memainkan peranan dalam menjaga kebajikan pekerja didalam ruang lingkup gred gaji Gred 27 - Gred 40.Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi KESATU malah bagi semua Kulliyah,Department dan Centre (K/D/E) di UIAM malah bagi semua Universiti Awam di Malaysia akibat kemelesetan ekonomi dalam negara kita.Pengurangan budget di semua K/D/E di UIAM bukanlah satu alasan untuk kita tidak berdaya saing dan terus maju kehadapan,kita perlulah kreatif dan inovatif dalam
 mengurus dan  melaksanakan tugas hakiki  agar  pengurangan budget tersebut tidaklah begitu terasa.
      KESATU menyeru semua ahli agar berjimat cermat dalam pengurusan kewangan akibat inflasi yang semakin meningkat,nilai ringgit malaysia yang makin merosot berbanding dollar Amerika,harga minyak yang semakin rendah,harga barang yang makin meningkat,kenaikan harga tol dilembah klang dan juga ditambah lagi dengan peningkatan tambang kenderaan-kenderaan Awam.
     Penjimatan dan pengurusan yang berhemah mengelakkan kita dari terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal dan menjejaskan prestasi kerja kita.Bagi KESATU pengurangan budget bukanlah alasan kebajikan para pekerja di UIAM diabaikan dan Kami AMJKK sentiasa cuba menjadi perantaraan diantara pekerja dan Majikan di UIAM.Sebab itu kami terus memperjuangkan pengurangan yuran EDUCARE mengikut gred gaji kakitangan ,memantau kenaikan pangkat mengikut timebase,memikirkan  penyelesaian permasalahan Medical semasa dan selepas bersara, , meneruskan perjuangan permohonan pencen dan pelbagai lagi .Perjuangan bukan terhasil oleh sehari dua  tapi ia mungkin akan dipertimbangkan setelah pucuk pimpinan yang sentiasa berubah-rubah.
KESATU memohon ahli sentiasa memberi sokongan padu agar segala perjuangan akan menjadi mudah dan memberi semangat kepada AMJKK menguruskan kesatuan bagi kebaikan bersama.
    Kepada  yang belum menjadi ahli mana-mana kesatuan kami menyeru agar segera menjadi ahli bagi mengambarkan kekuatan suara  kita sebagai kakitangan UIAM,Semoga dengan cara itu lebih mudah SUARA kita didengar dan permohonan kita dipertimbangkan.KESATU sentiasa terbuka menerima aduan ahli-ahli dengan terus berurusan dengan semua AMJKK  atau email terus kepada Presiden KESATU ( Sdr.Fakhurazi ) ke razi@iium.edu.my atau ke Email KESATU ; kesatu_iium@iium.edu.my atau layari blog kesatu untuk mendapatkan borang ahli dan borang aduan di http://kesatuiium.blogspot.my/


Akhir kata Selamat Tahun Baru 2016,Marilah kita berdoa agar perjuangan kita dipermudahkan.Amin!!.

Terimakasih

Ahli Majlis Jawatan Kuasa KESATU



Thursday, January 7, 2016

APPOINTMENT OF THIRD PARTY ADMINISTRATOR FOR OUTPATIENT SERVICES (PANEL CLINICS) 201 6 FOR IIUM STAFF AND THEIR ELIGIBLE DEPENDENTS



To all Staff
All Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes/Offices/Units
International Islamic University Malaysia

APPOINTMENT OF THIRD PARTY ADMINISTRATOR FOR OUTPATIENT SERVICES (PANEL CLINICS) 2016 FOR IIUM STAFF AND THEIR ELIGIBLE DEPENDENTS

Duration : 1st January 2016 until 31st December 2016
Third Party Administrator (TPA) : PM Care Sdn Bhd.

We wish to inform all IIUM staff that the University has agreed to appoint PMCare Sdn. Bhd. as our TPA for year 2016 replacing CompuMed Sdn. Bhd. During this transition period we anticipate many queries and confusion. While stabilizing the process with PMCare, staff may need to pay during their visits to the panel clinics and any reimbursement of claims can be directly managed by Office of the Health and Wellness Centre.

TPA will mainly be responsible for the following :

1. Reimbursement claims of staff i.e. at RM45 per head per visit at non-panel clinics

2. Reimbursement claims of staff I.e. RM45 or 30% per head per visit at specialist

clinics or hospitals for outpatient treatment

3. Payment process to panel clinics

IIUM is currently transferring data of staff and their eligible dependents from HURIS to PMCare Sdn. Bhd. data system. We would highly appreciate if all IIUM staff can update their personal details and their eligible dependents (only children below 24 years of age and still pursuing undergraduate studies) in the HURIS. Failure to update the above data will cause panel clinics to reject treatment or you would have to pay for the visits.

We hope services rendered this year will improve compared to the past years. We welcome any positive comments and queries from all staff. Staff in-charge of outpatient services is Sr. Nur Aimi Md. Ramlan ext. 3272.

Your cooperation is highly appreciated.

Thank you. Wassalam.

Office of Health and Wellness Centre