Wednesday, January 28, 2015

TANGGUH BENTANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI KABINET - CUEPACS


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kabinet ditangguhkan, ekoran hala tuju perancangan pelan itu hanya tertumpu kepada kakitangan akademik sahaja. Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda pelan itu tidak mengambil kira dan mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. "Apakah faedah yang akan mereka (merujuk kepada kakitangan bukan akademik) peroleh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adakah pertambahan perjawatan akan berlaku? Apakah laluan kerjaya akan berlaku? Apakah insentif yang akan diterima sekiranya lonjakan terhadap kedudukan universiti mereka berlaku?," katanya. Beliau berkata kepada Bernama selepas mesyuarat dan Seminar Hala Tuju Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) melibatkan 93 peserta dari 20 IPTA, di sini hari ini. Beliau menyarankan sebelum pelan itu dibentang ke Kabinet, adalah lebih baik pelan itu dibentang kepada CUEPACS dan GAKUM berikutan hala tuju pelan itu yang perlu ditambah baik. "Kami mahu tahu lebih jelas peranan pelan itu, kami tidak puas hati..., saya fikir biarlah dasar dalam pelan digariskan setelah proses kematangan berlaku, kalau belum ada proses kematangan, semua pihak masih tidak jelas, lebih baik tangguhkan dulu pembentangan kepada kerajaan," katanya.

Friday, January 9, 2015

Golongan Menengah Perlu ada 2 juta baru boleh bersara.


KOSMO - 09/01/2015
Rakyat Malaysia daripada golongan kelas menengah memerlukan hampir 2 juta sekiranya mereka mahu mengekalkan gaya hidup sedia ada apabila bersara pada uisa 60 tahun nanti.
Ini merupakan hasil kaji selidik bertajuk " Harapan dan Aspirasi Kelas Menengah Malaysia " oleh Syarikat Insurans AIA Bhd. (AIA) melibatkan 500 responden berusia 25 tahun keatas yang dijalankan pada julai 2014.
Ketua Pegawai Permasaran AIA,Thomas Wong berkata mojoriti responden kelas menengah malaysia yang mempunyai pendapatan purata RM6,339 Sebulan.

Wednesday, January 7, 2015

Penyerahan barang keperluan harian kepada mangsa Banjir Staf UIAM di Kuantan

                                  

3 Jan 2015-Kuantan
Penyerahan barang keperluan harian oleh Presiden KESATU - Fakhrurrazi Danial kepada Exco KESATU - Maliza Azrain Sham bt Mohd Azmi di Kampus Kuantan bagi diserahkan kepada mangsa banjir staf UIAM Kuantan. Terima kasih kepada warga UIAM yang menderma bagi bantuan tersebut. Semoga UIAM sentiasa dirahmati Allah dan kita warga UIAM dimurahkan rezeki hendaknya. 
Amin!!


Sukarelawan Banjir ke Negeri Kelantan.

4 Januari 2015 - Kota Bahru
Misi di Kelantan hari ini (4/01/2015) yang disertai KESATU bersama-sama dengan pegawai dan staf UIAM serta sukarelawan luar yang turut sekali menyertai pasukan UIAM.Misi pertama pembersihan di Masjid Pintu Geng dan SK indera Kota Bahru.
Ucapan syabas di atas sumbangan tenaga dan masa bagi menjayakan misi ini!
Harap Maklum.


                                     


Sumbangan derma Tempoh Pasca Banjir


31 disember 2014 -UIAM Gombak
Assalammu 'alaikum wrt wbh,
Untuk makluman semua ahli KESATU dan warga UIAM, sebahagian kawasan sedang melalui tempoh pasca banjir dimana penduduk sudah boleh pulang ke rumah dan jalan-jalan sudah boleh dilalui.
Namun, penduduk setempat masih sangat memerlukan bantuan luar terutama dari segi sumbangan kewangan dan tenaga kerana kesukaran untuk membeli barangan kerana kedai masih ditutup dan juga untuk kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas.
Oleh itu kepada sesiapa yang masih ingin menghulurkan bantuan, ianya boleh disalurkan kepada KESATU.
Semoga segala sumbangan dan bantuan dari kita akan menjadi 'Ibadah yang berterusan."

Terima kasih. Wassalam.