Wednesday, May 28, 2014

Kunjungan Hormat ke Pejabat Rector,MSD dan Pejabat Presiden UIAM

Assalamualaikum,
Untuk Pengetahuan Ahli Jawatan Kuasa KESATU telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Rektor,Pejabat Management Service Division dan juga ke Pejabat Presiden UIAM pada 27hb Mei 2014.
Tujuan Lawatan adalah bertujuan membincangan prihal Pejabat KESATU dan juga isu Time Base 13 Tahun dan lain-lain hal.
Allhamdulilah KESATU disambut secara positif dan mesra di setiap kunjungan  oleh staff-staff yang bertanggungjawap.

Harap Maklum.




Friday, May 23, 2014

CUEPACS MAHU GAJI NAIK 30% HADAPI GST


Utusan Malaysia
Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my
20 /5/2014
LIMBANG 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.

Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.“Pendedahan maklumat tentang pelaksanaan GST ini masih rendah dalam kalangan rakyat, justeru kerajaan perlu mempergiat pemahaman sistem itu kepada semua pihak agar tidak dianggap membebankan.“Dalam masa sama, penjelasan tentang GST ini membolehkan kumpulan sasar iaitu rakyat dan komuniti setempat betul-betul faham, seterusnya menikmati keuntungan daripada sistem cukai itu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri, Cecilia Yong.Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan setiausaha kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai 2013.Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.
“CUEPACS juga memerlukan ruang untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk melaksanakan segera 81 skim tersebut, selain memohon pertimbangan menyemak 100 lagi skim lain.“Sehingga kini, skim penguatkuasaan dan perkeranian masih menunggu bentuk skim baharu manakala bagi klasifikasi lain sudah menerima faedah daripada 81 skim berkenaan," katanya.
Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti.


Posted by CUEPACS at 8:38 PTG

Majlis Jasamu DiKenang.

Assalamualikum,
KESATU telah menghadiri majlis jasa mu dikenang buat Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS   :



Majlis Jasa Mu Dikenang.
Mantan Pengerusi GAKUM, merangkap Presiden CUEPACS.
Dato Haji Omar bin Osman
Date : 17/05/2014
Tempat : Dewan Kolej ke 6 , UPM