Tuesday, July 16, 2013

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 57 DAN SEKSYEN 64(2) AKTA KESATUAN SEKERJA 1959- KESATU




Terimakasih kepada Br.Yazid (Presiden),Br.Khalid (Setiausaha ) dan Br.Megat (Bendahari ) dan br.Johan (AJK) yang melunaskan tanggungjawap Berkesatuan yang perlu sentiasa diaudit.Masih boleh tersenyum walaupun banyak teguran yang membina diberikan oleh Pegawai Audit JHEK - iaitu PUAN NURUL HUDA BINTI RAHIM.


Tarikh :11/07/2013 (Khamis ) 
Time : 10 .00 Pagi.
     Tempat : JHEKS SHAH ALAM.




Friday, July 5, 2013

Presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.

Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.

Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama