Tuesday, January 29, 2013

UIAM Dianugerahkan Autonomi Terbaru - Mohamed Khaled


PUTRAJAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaru dianugerahkan autonomi pada tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia diberikan selepas selesai proses audit menggunakan instrumen 'Code of UniversityGood Governance' (CUGG) dan 'University Good Governance Index' (UCGI).
"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan melaksanakan tanggungjawab baharu selaras penurunankuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT," katanya ketika berucap sempenamajlis Amanat Tahun Baharu 2013 kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Selasa.
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata mulai 15 Feb ini, Education Malaysia Global Services (EMGS) yang ditubuhkan tahun lalu akan mula beroperasi dan berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan pelajarantarabangsa di negara ini.
"Pengantarabangsaan tidak lagi terhad kepada faktor jumlah pelajar antarabangsa atau bilangan kampus cawangan luar negara tetapi penekanan terhadap strategi pengintegrasian pengantarabangsaan dalam pelbagai perkhidmatan pengajian tinggi.
"Perkembangan ini menuntut kita untuk melakukan pemetaan baharu denganmemberi penekanan kepada kesepaduan kecemerlangan dalam semua aspek perkhidmatanpengajian tinggi," katanya. BERNAMA

Sunday, January 27, 2013

Kenaikan Gaji 2% ~5% yang bergaji maksimum



Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan

Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan. Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Markah 80 dan ke atas

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.

“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan.
“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.

Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.



Thursday, January 10, 2013

Majlis amanat tahun baru 2013 oleh YB Menteri KPT

Assalamualaikum,
Adalah  dimaklumkan bahawa YBhg Datuk KSU KPT telah menjemput semua Presiden kesatuan di bawah GAKUM ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 YB Menteri KPT pada :
Tarikh : 29 Januari 2013 (SELASA)
Masa :  JAM 8.30 PAGI
Tempat : DI DEWAN PLENARI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
 PAKAIAN: LOUNGE SUIT GELAP.
 
Presiden KESATU ( Br.Mohd Yazid) Insyallah akan menghadiri majlis tersebut.
 
Harap Maklum.Terimakasih. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

Assalamualikum!!
Allhamdulilah KESATU telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan yang baru menjelang akhir tahun 2012 baru-baru ini.Oleh itu Ahli Jawatan Kuasa baru akan mula berkhidmat pada tahun baru 2013 .Semoga Ahli Jawatan Kuasa baru akan memberi impak positif kepada Organisasi KESATU keseluruhannya.Tahniah kepada Br.Mohd Yazid yang mengekalkan Jawatan Presiden KESATU.Senarai Penuh Ahli Jawatan Kuasa akan di beritahu sedikit masa lagi.
Kesempatan ini Kami Ahli Majlis Jawatan Kuasa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan semoga perjuangan KESATU untuk menjaga kebajikan Warga UIAM dipermudahkan dan sokongan anda sebagai ahli KESATU adalah amat dihargai demi kepentingan kita Warga Kerja UIAM.