Thursday, November 29, 2012

NOTIS PERMULAAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KEDUA SESI 2012-2014


Tarikh    : 27hb November 2012
Kepada,
SEMUA AHLI KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY,MALAYSIA (KESATU)

Tuan/Puan
NOTIS PERMULAAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAN PEMILIHAN PEGAWAI BAGI PENGGAL KEDUA SESI 2012-2014

Saya dengan hormatnya diarah memaklumkan kepada tuan/puan bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa dan pemilihan pegawai Penggal Kedua Bagi Sesi 2012-2014 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

                                HARI                      :               JUMAAT
                                TARIKH                 :               28 HB DISEMBER 2012
                                MASA                   :               8.30 – 12.30 PETANG
                                TEMPAT               :               MINI AUDITORIUM

2.            Tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut dan diharapkan kehadiran tuan/puan akan memberikan faedah bersama.
3.            Bersama-sama ini disertakan  borang-borang berkaitan untuk perhatian dan tindakan tuan/puan seperti berikut:-

(i) “Borang Penamaan Calon”
(ii) “Borang Usul” dan
(iii) Surat Jawapan Kehadiran (hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha KESATU selewat-lewatnya 15 belas hari daripada tarikh surat ini iaitu pada 14hb Disember 2012)
4.            Tuan/puan adalah diminta mengembalikan semula borang penamaan calon (jika perlu) dan usul-usul termasuk cadangan pindaan peraturan jika ada dalam tempoh 15 hari tarikh surat ini atau selewat-lewatnya pada 14hb Disember 2012. Mana-mana Borang Pencalonan dan usul-usul yang diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan di atas akan dianggap terbatal.

Sekian , terimakasih,

KHALID MUHAMMAD

Setiausaha KESATU        

Friday, November 23, 2012

Insentif khas lulusan Ijazah,Diploma tidak naik pangkat

Utusan Malaysia


13/12/2012

KOTA KINABALU 12 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.
Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka."Sekarang kita ada hampir 5,000 pekerja sektor awam yang ada ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong."Jadi kita mahu walaupun tidak dinaik pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kepada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh.Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kuota ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.
"CUEPACS mencadangkan 50 peratus kuota diberikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50 peratus lagi kepada pemohon baharu," katanya.Omar berkata, bagi memastikan kebajikan kira-kira 45,000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurang lima tahun ke jawatan tetap.Katanya, sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrak pekerja berkenaan perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi."Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu," ujarnya.