Friday, May 25, 2012

4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita

4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita

•Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
•Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
•Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
•Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat

klik link dibawah untuk maklumat lanjut :
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4cadanganCUEPACS-Hargai630_000penjawatwanita/Article/

Wednesday, May 23, 2012

Ucapan Ribuan Terimakasih kepada Warga UIAM

KESATU ingin mengucapkan Ribuan Terimakasih kepada Warga UIAM yang hadir  dan  yang membantu menjayakan  Majlis Himpunan Hari Pekerja GAKUM peringkat IPTA, pada Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat), bertempat di : Cultural Activity Centre,(CAC). Kampus UIAM Gombak.

Sokongan anda amat kami hargai.Sekian Terima Kasih.

Friday, May 18, 2012

UCAPAN TAKZIAH

UCAPAN TAKZIAH

KESATU mengucapkan takziah di atas pemergian bapa kepada ahli kita, Sr. Rohaida Abd. Salam, Penolong Pegawai Tadbir di Unit Peperiksaan, Pusat Asasi UIAM pada 15 May 2012. KESATU mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Harapan kami semoga beliau tabah dan sabar ketika menghadapi saat-saat yang sukar ini.



Thursday, May 10, 2012

Perhimpunan Hari Pekerja GAKUM Peringkat IPTA

Assalamualaikum!!
Adalah diMaklumkan sekali lagi kepada semua warga kerja UIAM yang dihormati, Anda di Jemputan ke Majlis Himpunan Hari Pekerja GAKUM peringakat IPTA,
Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Cultural Activity Centre,(CAC). Kampus UIAM Gombak
Perasmian : Y.B. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Anjuran : Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM), KESATU dan KURNIA
Semua Warga Kerja UIAM dijemput  Hadir untuk bertemu dengan Warga IPTA lain yang datang memeriahkan hari Pekerja Peringkat IPTA tersebut.Berilah layanan Mesra pada tetamu kita.
Jamuan adalah disediakan. Harap Maklum.