Friday, March 23, 2012

CUEPACS mahu JPA segera keluarkan pekeliling gaji

CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.
"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini.

- Bernama

Wednesday, March 21, 2012

PENGIKTIRAFAN KESATU OLEH PENGURUSAN UIAM

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada ahli KESATU yang dihormati.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya KESATU akhirnya telah pun diiktirafkan penubuhannya oleh pengurusan UIAM melalui Executive Management Committee Meeting No. 3/2012 yang telah diadakan pada 7 Mac 2012 baru-baru ini (sila lihat lampiran). Isu pengiktirafan ini berlarutan sehingga hampir dua (2) tahun , kami Exco KESATU tetap meneruskan perjuangan bagi mendapatkan pengiktirafan serta meneruskan hal-hal aktiviti kesatuan walaupun mendapat pelbagai rintangan.

Pengiktirafan ini diperolehi setelah beberapa kali perjumpaan dan perbincangan bersama Pengurusan Tertinggi UIAM dan Exco-Exco KESATU , juga tindakan terakhir KESATU mendesak untuk menganjurkan PIKET SECARA AMAN bersama GAKUM/CUEPACS telah mendapat perhatian khusus oleh Pengurusan Tertinggi UIAM .

KESATU ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengurusan Tertinggi UIAM yang telah berkerjasama dalam isu pengiktirafan ini. Kami mengharapkan ahli-ahli KESATU akan terus bersama-sama memberikan sokongan dalam memperjuangkan kebajikan Kakitangan Pelaksana Sokongan Satu (Gred 27-40).

Kami memohon ahli-ahli yang masih lagi belum menjelaskan yuran keahlian agar dapat menyelesaikan yuran tertunggak tersebut seberapa segera sebelum permohonan baru pemotongan yuran melalui potongan gaji diserahkan kepada Kewangan UIAM.
Sebarangan permasalahan mengenai penjelasan yuran, masalah kebajikan dan perjawatan sila hubungi Presiden, Setiausaha serta Exco-Exco KESATU di talian 019-3374271 ( Tn. Hj. Mohd Yazid ) atau emelkan kepada myazid@iium.edu.my , khalidm@iium.edu.my

Sekian terimakasih.
Khalid Muhammad
Setiausaha

Thursday, March 8, 2012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkanseperti berikut:

•Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.

• Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.

• Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.

• Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.
"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik.
"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa berikutan rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.
Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.
Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.
Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.
Beliau juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.
"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional

08/03/2012 11:37am

PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.
Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. - UTUSAN

Tuesday, March 6, 2012

ISU PENGIKTIRAFAN KESATU DAN PIKET SECARA AMAN

Pada hari Jumaat 2 Mac 2012, KESATU telah menghantar surat kepada Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor UIAM, salinan kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Presiden, IIUM / Ketua Setiausaha Negara,Y.Bhg. Datuk Ab. Rahim Md. Noor, Timbalan Pengerusi Majlis,IIUM/Ketua Setiausaha KPT ,Y.Bhg. Dato’ Hj. Omar Osman, Presiden Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)/ CUEPACS. Surat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan KESATU akan menganjurkan PIKET SECARA AMAN untuk menuntut hak-hak KESATU sebagai pegawai pelaksana dan pengiktirafan KESATU.
Sehubungan itu,Kemungkinan secara kebetulan atau Wahyu dari mana, kami  Exco KESATU telah dipanggil oleh MSD pada hari Isnin 05 Mac 2012 jam 10.30 pagi, bagi membincangkan perihal  isu pengiktirafan KESATU ,dimana akan dibentangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi UIAM yang akan diadakan minggu ini dan memohon KESATU sekali lagi membuat surat rayuan. Perbincangan ditangguhkan dengan keputusannya KESATU tetap dengan keputusan untuk menganjur PIKET SECARA AMAN. Walaubagaimana pun kami telah dipanggil sekali lagi oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Mahmod, Pemangku Rektor pukul 1.30 petang bagi membincang semula dan kami setuju untuk membuat RAYUAN TERAKHIR untuk pengiktirafan KESATU dengan bersyarat kita akan menganjurkan juga PIKET SECARA AMAN bersama GAKUM dan CUEPACS jika tiada penyelesaian.Oleh itu Sokongan padu Ahli KESATU dalam pri hal ini dan segala aktiviti-aktiviti KESATU, adalah amat diharapkan demi kebajikan kita bersama, " Bersatu kita Teguh becerai kita Roboh".

Exco KESATU yang menghadiri perjumpaan dengan MSD dan Pemangku Rektor ialah : ( Tn. Hj.Mohd Yazid Ahmad,En. Khalid Muhammad, En. Zakaria Mohd Zain dan En.Ahmad Suhairi Mat Jebah )


Harap Maklum.

Khalid Muhammad
Setiausaha KESATU

Monday, March 5, 2012

PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA Y.A.B PERDANA MENTERI KHAMIS , 8 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI

Assalamualaikum wrt wbt.


PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA Y.A.B PERDANA MENTERI KHAMIS , 8 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Y.A.B Perdana Menteri akan diadakan pada hari Khamis , 8 Mac 2012 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Perhimpunan Khas ini merupakan satau acara penting , dimana Y.A.B PM akan menyampaikan ucapan dan amanat kepada penjawat awam. Sehubungan itu penglibatan dan kehadiran pegawai-pegawai amatlah dihargai. Kementerian/jabatan/organisasi dikehendaki memastikan seramai 40 orang daripada organisasi masing-masing menghadiri perhimpunan tersebut. Pegawai-pegawai yang akan hadir hendaklah terdiri daripada Kumpulan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan/Pelaksana (petikan dari surat KSN)
Kami memohon kehadiran tuan/puan bagi menunjukkan sokongan padu daripada KESATU di peringkat IPTA. Sila berikan nama sesiapa yang ingin menyerati perhimpunan ini selewat-lewatnya esok ( Selasa, 6 Mac.2012 jam 12.00 tengahari untuk membuat tempahan di PICC dan makluman kepada ketua jabatan )

Bas akan disediakan dan akan bertolak pada jam 8.00 pagi bertempat di tangga besar.


Khalid Muhammad
013-3911554
Isnin/ 5 Mac 2012 @4.07 petang

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012

Media Cuepacs


2/3/2012

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Posted by CUEPACS

Friday, March 2, 2012

CUEPACS harap pengumuman penting PM 19 Mac

Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2012
KANGAR - Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang dianjurkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Mac ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Najib dijangka mem­buat pengumuman penting kepada selu­ruh penjawat awam mengenai keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu Skim Baru Penjawat Awam (SPBA).
Menurutnya, pihaknya percaya keputusan terbaik sudah difikirkan Kerajaan Pusat dalam memastikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak perlu menunggu masa lebih lama.
“Sehubungan itu, saya menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan kita berhubung isu SBPA.
“Setakat ini, maklum balas yang diberikan amat positif dan saya difahamkan perhimpunan ini bukan sahaja bakal disertai kumpulan penjawat awam Gred Pelaksana 1 dan 2, malah turut melibatkan kumpulan pengurusan Gred 54 dan ke bawah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bengkel Pengurusan Ahli-ahli Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia di sebuah hotel di sini semalam.
Hadir sama Presiden Kesatuan Kerja Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad.

Posted by CUEPACS at 2:52 PTG 129 comments