Monday, February 27, 2012

SBPA: Pengumuman Penting Najib 12 Mac ?

Sinar Harian


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

Thursday, February 23, 2012

Cuepacs tuntut gred 1-54 naik gaji RM700-RM2,500

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

Wednesday, February 22, 2012

KESATU Kesal

   21 Feb. 2012 – Satu perbincangan antara pengurusan UIAM dan Kesatuan/Persatuan UIAM mengenai isu PROSPEK. KESATU amat kesal dengan sikap pengurusan UIAM yang ‘double standard’ dengan tidak menjemput wakil KESATU menghadiri perbincangan ini. Juga KESATU amat kesal dengan sikap Kesatuan/Persatuan UIAM yang lain yang tidak menyokong kewujudan KESATU sebagai sebuah kesatuan yang diiktiraf yang mewakili Kakitangan Pelaksana gred 27-40.

Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)

19-20 Feb. 2012 – Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) Bil.1/2012 di Hotel Copthorne Orchid, Jalan Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Wakil KESATU yang dihadiri oleh Presiden, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari dan seorang AJK. Di atas kekangan kewangan   serta pelepasan, wakil KESATU tidak dapat meneruskan mesyurat pada hari kedua iaitu 20 Feb. 2012 dan terpaksa pulang selepas menamatkan mesyuarat yang berlangsung pada 19 Feb. 2012 yang bermula dari jam 4.00 petang dan tamat pada jam 2.30 pagi. Mesyuarat tersebut membentang isu-isu berkenaan permasalahan di dalam universiti-universiti di IPTA serta membincangkan isu SBPA dan isu berkenaan dengan perjawatan Pendaftar, Bendahari dan Ketua Perpustakawan universiti-universiti di IPTA termasuk UIAM akan dilantik secara giliran.

Perjumpaan kali ke dua antara Rektor UIAM

   2 Feb.2012 – jam 5.00-6.30 ptg perjumpaan kali ke dua antara Rektor UIAM, Dato Seri Prf. Dr. Zaleha Bt. Kamaruddin dan Parent Committee IIUM Educare yang diwakil oleh Dr. Isham B. Pawan Ahmad, Pn. Haliza Bt. Hamzah, Pn. Azura dan wakil KESATU Tn. Hj. Mohd Yazid B. Hj. Ahmad dan En Khalid B. Muhammad bagi membincangkan isu permohonan pengambilalihan pengurusan IIUM Educare oleh Parent Committee IIUM Educare .

Lawatan ke Taska & Tadika MARA

 2 Feb. 2012 - jam 9.00-2.00 ptg lawatan ke Taska & Tadika MARA  dan perjumpaan dengan pengurusan Taska & Tadika MARA yang diwakili oleh  Tim. Pengarah Sumber Manusia Ibu Pejabat MARA, Dr. Isham B. Pawan Ahmad, wakil PMA Pn. Zahratol ‘Amani bt. Hj. Shihabbudin, Pn. Azura Bt. Alias wakil KESATU Tn. Hj. Mohd Yazid B. Hj. Ahmad juga bagi tujuan mendapatkan informasi berkenaan dengan pengurusan dan penyeliaan sebuah Taska & Tadika MARA untuk kakitangan MARA.

Lawatan ke Taska & Tadika Koperasi UPM Berhad

27 Jan. 2012 – Lanjutan dari perjumpaan dengan Rektor pada 11hb. Jan 2012,satu lawatan kerja ke Taska & Tadika telah diadakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan isu-isu pengurusan Taska-Taska di IPTA-IPTA di Universiti Malaysia.Pasa  jam 9.00- 12.00 tgh lawatan ke Taska & Tadika Koperasi UPM Berhad dan perjumpaan dengan pengurusan Taska & Tadika Koperasi UPM Berhad yang diwakili oleh  Pengurus, Datin Hjh. Siti Ramlah Bt. Jaafar , wakil KEPERTAMA ,Tn. Hj. Zailani B. Abd. Razak , Penyelia Taska, Pn Norhayati, Parent Committee IIUM Educare yang diwakili oleh Dr. Isham B. Pawan Ahmad, Dr. Haslina Bt Ibrahim, Dr. Putri Nor Suad Bt. Megat Mohd Nor, wakil KESATU Tn. Hj. Mohd Yazid B. Hj. Ahmad dan En Khalid B. Muhammad bagi tujuan mendapatkan informasi berkenaan dengan pengurusan dan penyeliaan sebuah Taska & Tadika Koperasi UPM Berhad untuk kakitangan UPM

Perjumpaan Rektor UIAM bersama Committee IIUM Educare dengan sokongan KESATU

11 Jan.  2012- Satu perjumpaan antara Rektor UIAM, Dato Seri Prof. Dr. Zaleha Bt. Kamaruddin dan Parent Committee IIUM Educare yang diwakili oleh Dr. Isham B. Pawan Ahmad, Pn. Haliza Bt. Hamzah, Pn. Azura Bt. Alias ,wakil KESATU Tn. Hj. Mohd Yazid B. Hj. Ahmad dan En Khalid B. Muhammad bagi membincangkan permasalahan dan isu terkini IIUM Educare yang mana Parent Committee IIUM Educare meluahkan kekesalan di atas tindakan universiti menyerahkan pengurusan IIUM Educare kepada IIUM Holding dan ini menyebabkan yuran bertambah serta kebajikan kakitangan universiti tidak dijaga. Bagi mengatasi permasalahan ini Parent Committee IIUM Educare mencadangkan untuk mengambilalih pegurusan IIUM Educare dengan tidak membuat sebarang keuntungan. Didalam perbincangan ini Rektor memohon satu lagi perbincangan antara IIUM Holding, IIUM Educare, pengurusan UIAM dan Parent Committee IIUM Educare serta wakil KESATU

CUEPACS mahu tarikh kuat kuasa SBPA dikekalkan 1 Jan dan dibayar Tunggakkan

Bernama


21/2/2012
PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.
Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.
Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

--BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Makluman penting Presiden KESATU

Berkaitan dengan SBPA
Assalamualaikum w.r.t
Kepada tuan-tuan dan puan-puan,encik dan cik yang dikasihi.
Apa khabar semua?Harap-harap semuanya akan berada dalam perlindungan Allah.
Kita sedang menunggu-nunggu keputusan kerajaan dalam merombak semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah JPA,Tan Sri Ismail Adam,Presiden Cuepacs dan pasukannya,JPA,UPE dan anggota-anggota yang lain. Sebab apa kita menunggu hasil SBPA?

Sebab SBPA juga dipraktikkan di UIAM .Kita bertuah kerana Presiden CUEPACS ,Dato’ Hj. Omar Osman juga merupakan Presiden GAKUM. KESATU juga adalah ahli GAKUM. Sedikit sebanyak permasalahan kita dapat diutarakan terus kepada Presiden CUEPACS.

Antara 5 tuntutan CUEPACS iaitu:
1.mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah,
2.mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM),
3.mengkaji semula tangga gaji maksimum,
4.menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus dan
5.menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Berkaitan dengan KESATU :
Tetapi semua ini akan menjadi angan-angan jika KESATU berkubur. Kerana gred 27 hingga 40 tiada yang mewakilinya di UIAM. PMA?? PMA telah menjelaskan bahawa ianya hanyalah sebuah persatuan yang hanya membuat kerja-kerja amal dan bukan bersangkutan dengan hal-hal perjawatan ,kebajikan kakitangan, proses temuduga ,dan sebagainya yang mana ini dibawah bidang sesebuah kesatuan…
SBPA melibatkan PROSPEK dalam menentukan hal-hal perjawatan ,proses temuduga ,dan sebagainya. Ahli-ahli KESATU yang sibuk bekerja tanpa memikirkan gaji yang diperolehi berbanding dengan Gred 54 ke atas seperti, Profesor dan seumpamanya ,yang mengalami kenaikan dari RM6500 ++ kenaikan kepada RM 12,000 ++. Kenaikan melebihi 100%. Berapa peratuskah kenaikan untuk Gred 27-40 atau berapa RM kenaikan? RM 100? RM 200? ..adakah tuan/puan berpuashati dengan hanya menerima segala apa yang ada?
Peranan berkesatuan seperti KESATU amat berkesan untuk menuntut hak kita sebagai kakitangan UIAM.
Jika KESATU yang menjadi milik tuan-tuan dan puan-puan selama beberapa tahun ini tidak dijaga akan terus berkubur disebabkan kealpaan tuan/puan sendiri kerana mengabaikan tanggungjawap bersama maka selepas ini janganlah nak minta itu dan ini dan bersungut sendiri. Memang berjayalah rancangan serta matlamat pihak pengurusan dan yang bersekongkol dengannya untuk melenyapkan KESATU dari UIAM ini.
Dengan itu, saya sebagai Presiden KESATU, ingin merayu kepada semua ahli KESATU agar melaksanakan tanggungjawap tuan/puan paling tidak pun dengan membuat bayaran yuran keahlian dan melangsaikan yuran yang tertunggak melalui AMISLAMIC BANK NO AKAUN 255-202-200008-8 atau melalui EXCO KESATU secepat mungkin agar kita tidak diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) kerana tiada komitmen daripada ahli-ahli KESATU.

Andaikata kami Exco KESATU mungkin tiada tempat lagi di mata dan hati tuan/puan kami bersedia meletakkan jawatan kerana kami benar-benar memerlukan sokongan tuan/puan untuk terus berhubung dan berinteraksi demi masa depan KESATU.

Semoga Allah merestui kerja amal kita semua.
MOHD YAZID BIN AHMAD
http://kesatuiium.blogspot.com/

Saturday, February 11, 2012

Kembalikan Opsyen ketiga-CUEPACS

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengembalikan opsyen ketiga iaitu pilihan bagi penjawat awam memasuki mana-mana jabatan lain yang berkaitan sekiranya jabatan mereka diswastakan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana dua opsyen yang kini ditawarkan kepada penjawat awam terlibat iaitu memasuki jabatan yang telah diswastakan itu ataupun bersara awal mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 227) dilihat tidak adil kepada golongan tersebut.
"Opsyen ketiga yang tidak digunakan lagi sejak 2002 sebenarnya penting kerana sejak kebelakangan ini apabila berlakunya penswastaan, banyak rintihan yang kami dengar daripada penjawat awam yang berasakan diri mereka diugut untuk memasuki syarikat swasta tersebut.
"Sekiranya berlaku penswastaan, mereka juga akan terputus hubungan dengan hal ehwal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tiada tempat mengadu. Kita tidak akan tahu nasib mereka di bawah penswastaan.
"Bagaimanapun, CUEPACS tidak menentang dasar penswastaan atau pengkorporatan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak. Namun, sekiranya penjawat awam tiada opsyen tambahan dalam memilih laluan karier mereka, ia dapat menyebabkan pelbagai masalah terutama apabila mereka sakit atau kos sara hidup yang tinggi," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama 139 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang akan mengalami penswastaan dalam masa yang terdekat.
Sehubungan itu, jelas Omar, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan supaya dipertimbangkan opsyen ketiga itu bagi digunakan semula.
Berhubung penswastaan JPP, pihaknya mencadangkan kerajaan tidak menswastakan jabatan itu sebaliknya mengkorporatkannya serta memberi mereka pilihan opsyen ketiga.
Beliau berkata, bantahan oleh 139 kakitangan JPP yang terdiri daripada kelompok teknikal termasuk jurutera dan juruteknik perlu didengari kerajaan dengan tidak meneruskan langkah penswastaan itu.
"Sekiranya JPP mahu diswastakan juga, ambil sahaja pekerja dalam kalangan 35,000 pekerja berstatus kontrak untuk ditawarkan ke swasta. Jangan sakitkan mereka yang telah lama berkhidmat," ujarnya.

Wednesday, February 1, 2012

Ancaman CUEPACS: KSN setuju lantik 3 lagi

10:26AM Feb 1, 2012
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhirnya akur dengan tuntutan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan melantik tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau dipetik Bernamasebagai berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.
"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya.
Isnin lalu CUEPACS mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula itu jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik.