Wednesday, July 20, 2011

CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Dua Bulan

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.
"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.
Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.
Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.

-- BERNAMA

Posted by CUEPACS at

Wednesday, July 6, 2011

Kempen Penambahan Ahli KESATU.

Salam Perjuangan

Kepada semua ahli KESATU
Memandangkan  masih ramai lagi Warga IIUM belum menjadi ahli KESATU bagi kakitangan gred 27 hingga 40,Saya dengan rendah diri melancarkan " KEMPEN SATU AHLI MENDAFTARKAN SATU AHLI BARU " agar Perjuangan kita menjadi lebih mantap dan kukuh dengan sokongan ahli-ahli KESATU.

Juga dapat kiranya ahli semua membayar yuran kepada exco Majlis Jawatan Kuasa KESATU yang terdapat di Kampus Gombak,PJ dan Kuantan.Bagi yang bukan ahli tetapi  ingin memberi sokongan kepada perjuangan KESATU dengan  menyumbang/menderma  kepada KESATU  sila hubungi saya  ( Presiden : Mohd Yazid Bin Ahmad,  HP: 019-3374271) .Kepada ahli yang dapat mendaftarkan ahli baru teramai ,akan mendapat hadiah istimewa daripada "Presiden KESATU".Moga kita sama-sama bermunajat dan berdoa kehadrat Illahi agar KESATU terus tabah membawa isu staff UIAM.
Amin.

Mohd Yazid Ahmad (Presiden KESATU ).
http://kesatuiium.blogspot.com/