Monday, June 27, 2011

JEMPUTAN KE MESYUARAT IIUM EDUCARE BERSAMA PARENT COMMITTEE

Kesatuan /persatuan dijemput menghadiri ke mesyuarat berkenaan oleh Pengerusi Parent Committee IIUM Educare. KESATU telah menghantar dua orang pegawai untuk mewakili kesatuan bagi menghadiri mesyuarat tersebut yang telah dijalankan seperti  berikut :-
Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 Tengahari.
Tempat : Bilik Mesyuarat IIUM Educare
Mesyuarat membincangkan tentang isu semasa seperti Yuran Material, Pemotongan yuran Educare,Kaedah Pembelajaran dll.

Monday, June 20, 2011

MESYUARAT KHAS AUKU PEMBATALAN PEKELILING MBJ PERINGKAT IPTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat Khas AUKU Pembatalan Pekeliling MBJ Peringkat IPTA akan diadakan pada :-
Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pejabat KEPERTAMA UPM Serdang

Semua Presiden dan Setiausaha Kehormat dikehendaki datang mesyuarat atas arahan Presiden GAKUM. Surat panggilan mesyuarat telah difaxkan ke nombor masing-masing. Sesiapa yang masih belum menerima surat diharap dapat maklumkan....

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

CUEPACS, MTUC syor kadar gaji minimum praktikal

2011/06/16
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menetapkan dasar kadar gaji minimum yang lebih praktikal, selaras dengan transformasi negara berpendapatan tinggi.
CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam memperjuangkan tuntutan gaji pokok minimum RM920 sejak empat tahun lalu, manakala MTUC yang menaungi 620,000 ahli diwakili 272 kesatuan menuntut kadar gaji pokok minimum RM900 sejak 11 tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata jika tuntutan kongres dipertimbangkan, ia menggembirakan lebih 350,000 penjawat awam yang menikmati gaji pokok bawah RM900 sebulan, selain lantikan baru penjawat awam Gred 1 hingga 16 yang menikmati gaji pokok RM647 sebulan. Kadar itu, katanya, menyebabkan ramai penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan.

“Kita berharap dengan adanya kajian semula Sistem Saraan Malaysia dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam, semakan semula gaji pokok bagi lantikan baru mesti melepasi gaji minimum RM920.

“Tuntutan itu dianggap munasabah kerana ia dikemukakan sejak tiga, empat tahun lalu, sepatutnya kerajaan meluluskan kadar gaji minimum lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup hingga memaksa penjawat awam melakukan kerja sambilan,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dapat dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN).

Rang Undang-Undang MKGN 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.
Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata penetapan gaji minimum perlu memastikan pekerja tidak terus dibelenggu kemiskinan atau jumlah yang disifatkan hanya mampu hidup.
“Saya difahamkan kerajaan mungkin menetapkan gaji minimum pada kadar RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan yang tidak sesuai dengan transformasi negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Friday, June 10, 2011

SEMINAR TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA

Adalah di maklumkan Ahli  JawatanKuasa KESATU  telah menghadiri Seminar Transformasi Penjawat Awam 1 Malaysia yang telah diadakan pada :-

Tarikh : 09 Jun 2011 (Khamis)
Anjuran Bersama :  Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) dengan
kerjasama Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan Jabatan Hal Ehwal Khas
( JASA ) Negeri Selangor.
Tempat : Auditorium SIRIM, Shah Alam, Selangor.

Perasmian Oleh : YB Datuk Ahmad Bin Haji Maslan.
                           Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Harap Maklum.