Thursday, December 30, 2010

Tabik Malaysia-Tahniah" Harimau Malaya" - ( Esok Cuti Umum - Jumaat )

KESATU ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Pasukan "Harimau Malaya" kerana berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 walaupun kalah 1-2 pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta.
Lebih manis kejayaan ini apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan esok (Jumaat) sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
   KESATU - Terima kasih "Harimau Malaya" kerana memberi Hadiah Cuti Umum kepada Rakyat Malaysia bagi menyambut tahun baru 2011 , Bagi pihak KESATU kami mengucapkan Selamat menyambut tahun baru dari kami ( Ahli Jawatan Kuasa Kerja ) semoga bertemu di Tahun Hadapan dengan Azam dan Semangat Baru demi Kebaikan Bersama.

Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha GAKUM

KESATU sebagai ahli Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia ( GAKUM ) di jemput menghadiri Mesyuarat Khas Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha GAKUM pada :

Tarikh   : 5 Jan 2011 ( Rabu )
Masa    : 10.00 Pagi.
Tempat : Dewan Konvensyen
              Tkt. 5 Bangunan E-learning
              Universiti Pendidikan Sultan Idris
              Tanjung Malim, Perak.

Perwakilan ke Mesyuarat Tersebut akan diwakili oleh Presiden KESATU,Setiausaha KESATU dan 3 Ahli Jawatan Kuasa .Sekian Harap Maklum.

Friday, December 24, 2010

Penjawat awam jadi ahli CUEPACS secara automatik

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.
"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.
"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.
Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.
Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.
Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.
Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.
"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.
Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.
Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.
"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.
   Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.

KESATU-Sumber Utusan Malaysia

Thursday, December 23, 2010

Tuan Haji Omar Bin Osman pertahan jawatan Presiden CUEPACS


Alhamdulilah, Tuan Haji Omar Bin Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI. Tuan Haji Omar Bin Osman mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.

Konvensyen Tritahunan CUEPACS kali ke-25 (2010 -2013 )

Lebih 1,173 perwakilan bakal menentukan siapa yang akan di lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) bagi sesi 2010-2013 hari ini.Majlis perasmian Konvensyen di rasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 21 Disember 2010 di Dewan Tunku Canseor Universiti Malaya,Lembah Pantai,Kuala Lumpur.
   Konvensyen Tritahunan ini akan berakhir pada hari ni, semoga Tuan Haji Omar bin Osman dapat mengekalkan Jawatan Presiden bagi memudahkan perjuangan KESATU seterusnya.KESATU telah di jemput sebagai pemerhati yang di wakili oleh Presiden KESATU ( Br. Yazid ), Timbalan Presiden ( Br.Fakurrazi ) , Setiausaha KESATU ( Br.Khalid ) dan juga beberapa Ahli Jawatan Kuasa sebagai pengiring selama 3 hari Majlis Konvensyen tersebut.
KESATU  masih belum menjadi perwakilan untuk memilih Pegawai-Pegawai Tertinggi CUEPACS kerana permohonan Pergabungan di bawah CUEPACS masih dalam pertimbangan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ( JHEKS ) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Harap Maklum.

Monday, December 20, 2010

Selamat Kembali Bertugas.

KESATU mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Presiden KESATU ( Haji Mohd Yazid Bin Ahmad ) setelah bercuti panjang mengerjakan Ibadat Haji.Semoga dengan kembalinya beliau ,KESATU akan menjadi lebih  Bersemangat dan Produktif dalam membela kebajikan ahli-ahli KESATU dan juga Warga Kakitangan UIAM keseluruhannya.Sekian Terima kasih

Thursday, December 16, 2010

Profesor Ulung dan Tokoh Maal Hijrah-Tahniah daripada KESATU

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Dr Lai-Meng Looi yang dipilih pemenang pertama Anugerah Profesor Ulung disifatkan sebagai milik negara untuk dicontohi dan dijadikan ikon.
 Shamsul Amri adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Mohd Kamal, rektor rakyat Malaysia pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala Lai-Meng adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya (UM).
   Manakala Prof.Dr.Ismawi Zen dipilih sebagai "Tokoh Maal Hijrah" bagi negeri Sarawak pada 7hb Dec 2010 lalu.Tahniah buat mereka yang mengharumkan nama IIUM,Semoga Kepakaran ahli akademik dimanfaat masyarakat dunia .Syabas dan Tahniah Daripada KESATU.

Monday, December 13, 2010

Permohonan Rasmi Sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ),UIAM.

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (KESATU) telah memohon secara rasmi kepada Y.Bhg. Rektor, UIAM untuk melantik KESATU sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), UIAM.MBJ adalah suatu mesyuarat yang menjadi ‘platform’ untuk mengutarakan segala permasalahan dan kebajikan antara staf dan pihak pengurusan. Di dalam konteks KESATU, ia akan mewakili staf dari Gred 27 hingga 40.
Di samping itu juga, KESATU telah memohon ruang untuk dijadikan pejabat operasi KESATU demi melancarkan aktiviti kesatuan.

Sekian Harap Maklum.
FAKHRURRAZI DANIAL
Pemangku Presiden
Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (KESATU)
Tel: 0361965062
Fax: 0361965072

Bayaran Khas RM500

Kepada semua ahli KESATU dan kakitangaan UIAM ,
KESATU telah menerima aduan daripada kakitangan UIAM berkenaan pembayaran wang bantuan khas sebanyak RM500.00 hendaklah disegerakan.
Exco KESATU telahpun membuat keputusan dengan sewajarnya dengan membawa permasalahan ini ke pihak pengurusan tertinggi seterusnya kepada Y Bhg Tan Sri, Presiden UIAM.
  Sehubungan dengan itu pihak pengurusan UIAM telah bersetuju untuk melaksanakan pembayaran tersebut pada hari Rabu bersamaan 15hb Disember 2010.
Sekian harap maklum

Saya yang menurut perintah
KHALID MUHAMMAD
Setiausaha KESATU

Friday, December 3, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Ahli Majlis Jawatankuasa kerja KESATU ingin mengucapkan Salam Ma'al  Hijrah pada semua ahli KESATU dan Warga UIA khasnya ,Iaitu pada 7th December 2010 (Selasa )  bersamaan 1 Muharam 1432 .Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran,Moga kita sentiasa di rahmati Allah.Amin
 Wassalam.

Wednesday, December 1, 2010

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KE 30


KESATU telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan University Malaysia (GAKUM ) Ke 30 Bil 3/2010 yang telah dia adakan pada :

Tarikh   :  29 -30 November 2010 ( Isnin -Selasa )
Tempat :    TAHA D'MUTIARA
                  Kompleks Tabung Haji
                  Bayan Lepas,Pulau Pinang.

KESATU menghantar seramai empat  Ahli Jawatan Kuasa Kerja untuk menghadiri  Mesyuarat  GAKUM tersebut iaitu :

Br.Fakhrurrazi Bin Danial  ( Naib Presiden ),
Khalid Bin Muhammad ( Setiausaha ),
Zakaria Bin Mohd.Zain ( Bendahari ),
Mohd Hamri Bin Rahmat ( Ahli Jawatankuasa).